1. Tanah liat diambil dari tanah liat busut atau sawah.
2. Proses menghancurkan tanah liat menggunakan lesung kaki.
3. Proses pembinaan labu menggunakan pinggan/piring dan menggunakan teknik picit
4. Proses pembakaran secara menyalai labu di atas para biuluh/kayu, manakala api di bawah. Tidak bersepuh dan berwarna hitam setelah dimasukkan labu yang panas dalam sekam padi.
5. Bentuk labu sayong tidak dibuat jambangan (mulut tembikar berombak)
6. Ragamhias terdiri daripada motif-motif kaedah tekan.
Sunday, July 18, 2010
Sejarah

Umumnya kraftangan tembikar terdapat pada semua kaum dan suku bangsa di dunia ini. Reka bentuknya spontan dengan fungsinya pada zaman itu dan menjadi punca kegiatan ekonomi masyarakat Melayu suatu ketika dahulu dan kini perusahaannya masih hidup di beberapa tempat seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.
Walaupun secara langsung telah terdapat bentuk-bentuk tembikar dari luar, kira-kira sejak tahun 1100 M terutama dengan datangnya pengaruh dari China dan beberapa peradaban luar tetapi penciptaan dan rupabentuk tradisi tetap kekal. Teknik pembuatan dan penciptaan orang Melayu tetap dalam taraf teknologi primitif. Oleh itu, teknik yang serba sederhana tukang Melayu dapat melahirkan ciptaan yang uik terutama dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang mempunyai nilai dan ciri-ciri tersendiri.
Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk kampung tersebut pandai membuat labu hingga ke hari ini.
Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakannya sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram.
Thursday, July 15, 2010
Pengenalan

Labu sayung ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 14 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)